Sabtu, 16 Mei 2009
Sekolah Rendah Negalang muncul juara pertandingan Multimedia Powerpoint Keselamatan Jalan Raya peringkat sekolah-sekolah rendah bagi daerah Temburong dengan mendapat sebanyak 79.67 peratus. Diikuti oleh Sekolah Rendah Labu Estate di tempat kedua dengan 77.34 peratus dan di tempat ketiga ialah Sekolah Rendah Amo iaitu sebanyak 76.33 peratus. Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi dan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar masing-masing mendapat sagu hati di tempat keempat dan kelima.
Pertandingan ini adalah anjuran bersama Syarikat Minyak Brunei Shell Berhad Sendirian dengan Kementerian Pendidikan dan telah diadakan di Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar Daerah Temburong yang dipengerusikan bersama oleh Cikgu Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar dan Cikgu Mohammad Ariffin bin Haji Matusin, Guru Besar Sekolah Rendah Amo.
Ianya bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada kepentingan keselamatan di jalan raya. Sekolah-sekolah lain yang turut menyertai ialah Sekolah Rendah Semabat, Sekolah Rendah Puni, Sekolah Rendah Kenua, Sekolah Rendah Piasau-Piasau dan Sekolah Rendah Selangan.
Hakim-hakim yang dilantik adalah dari Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar iaitu Cikgu Abdullah bin Abas, Cikgu Nor Muhammad Iqzal bin Abdul Hamid dan Cikgu Mohammad Herni bin Haji Shahminan. Kriteria-kriteria pertandingan yang dihakimi adalah berdasarkan kepada isi, kreativiti, keunikan, penyampaian serta bonus melalui PowerPoint dari setiap sekolah.
“Murid-murid telah dibawa ke Bandar Seri Begawan bagi mengetahui lebih dekat tanda-tanda jalan dan lampu isyarat dengan memahami fungsi-fungsinya. Mereka telah didedahkan untuk memerhatikan pejalan-pejalan kaki yang menggunakan peraturan lalulintas bagi pejalan kaki”, ulas Cikgu Wafa Najla ‘Itriyah binti Abdullah Pek, guru pengawas ICT dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.
Cikgu Othman bin Bolhassan, Pembantu I Pegawai Pelajaran Kanan Daerah dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Temburong telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan sijil penghargaan kepada hakim-hakim. Beliau telah diiringi oleh pengerusi bersama iaitu Cikgu Mohammad Ariffin bin Haji Matusin, Guru Besar Sekolah Rendah Amo.

Link ke BruDirect