SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Isnin, 12 September 2011

Khamis, 10 March 2011

Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar kecundang di separuh akhir perlawanan ketika menentang Sekolah Rendah Puni dengan jaringan 2-1 pada Rabu, 09 March 2011.

Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar hanya mampu menduduki tempat ketiga bersama dengan Sekolah Rendah Piasau-Piasau di kejohanan pada tahun ini.

Perlawanan akhir antara Sekolah Rendah Amo dengan Sekolah Rendah Puni akan berlangung pada Isnin, 14 March 2011.

Kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru pengawas dan para pemain pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, syabas diucapkan diatas usaha gigih mereka.









Selasa, 07 March 2011

Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar bersama guru-guru

Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Daerah Temburong berjaya masuk ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011 setelah menewaskan Sekolah Rendah Selangan dengan jaringan 2 - 1.

Jaringan pertama adalah hasil dari sepakan penalti telah dilakukan oleh Ketua Pasukan iaitu, Mohd. Azimin Bin Mohd. Azamuddin, jersey no. 18 pada babak pertama perlawanan. Pasukan lawan berjaya menjaringkan gol di babak kedua perlawanan menjadikan kedudukan seri 1 sama.

Jaringan kemenangan pasukan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar berjaya dilakukan di babak akhir masa kedua oleh pemain striker, Ak. Mohammad Firdaus Bin Pg. Abidin, jersey no. 7 dari hasil sepakan percuma.

Dengan kemenangan tersebut, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar akan bertemu dengan Sekolah Rendah Puni esok Rabu, 08 March 2011. Semoga pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar berjaya ke peringkat seterusnya.

 
 

  

 
Di babak pertama perlawanan

Rehat masa pertama



Di babak kedua perlawanan

  

  

Para penyokong terdiri dari guru-guru dan ibu bapa