SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Sabtu, 13 Jun 2009

Murid-murid Pra hingga Tahun 6 dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar daerah Temburong tadi pagi telah didedahkan tentang bahaya influenza H1N1 serta cara pencegahan melalui penjagaan kebersihan tubuh badan iaitu dengan membasuh tangan dengan cara yang betul disamping menggunakan sabun atau pencuci tangan.

Cikgu Najla Wafa ‘Itriyah binti Abdullah Pek selaku pengawas kesihatan sekolah telah menyampaikan taklimat beliau dengan menunjukkan cara-cara membersihkan tangan dengan betul melalui PowerPoint serta klip video yang memaparkan kesan dan akibat jangkitan kuman virus melalui tangan dalam kehidupan seharian. Simptom dan akibat adanya influenza H1N1 pada seseorang juga diterangkan.

Murid-murid didedahkan dengan kebersihan iaitu menggunakan sapu tangan atau tisu ketika bersin. Ianya adalah untuk menghalang virus influenza dari terdedah kepada orang yang berhampiran. Atau jika tiada tisu gunakanlah tangan dengan menutup hidung ketika bersin dan pastikan mencuci tangan selepas itu.

Melalui pendedahan ini murid-murid akan mengenal pasti tentang bahaya virus influenza H1N1 serta pentingnya kebersihan diri dengan membasuh tangan. Taklimat itu juga turut dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.


Link ke BruDirect dan Brunei FM

0 comments: