Rabu, 1 Julai 2009
Sekolah Rendah Sultan Hassan, tengahari tadi menerima lawatan mengejut kedatangan hakim-hakim untuk sudut ASEAN. Kedatangan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan ini tidak dijangka pada awalnya memandangkan guru-guru bertugas seperti biasa. Guru Besar sekolah, Cikgu Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof mengiringi hakim-hakim ke sudut ASEAN sekolah beserta dengan guru-guru yang lain. Para hakim telah diterangkan mengenai sudut ASEAN sekolah serta aktiviti berkaitan yang telah dibuat sebelum ini oleh Cikgu Haji Mat Rooe selaku Ketua Guru bagi Sudut ASEAN sekolah.
Sudut ASEAN merangkumi sepuluh buah negara-negara ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Singapura dan Kemboja.