Seperti lazimnya, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar mengadakan aktiviti membaca Surah Yassin setiap hari Khamis di bilik ibadat sekolah. Pada hari ini, Sekolah mengadakan aktiviti tersebut di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar bersama guru-guru dan murid-murid Tahun 6.
Bacaan Surah Yassin beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang, Ketua Ugama Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Antara yang hadir ialah Cikgu Dayang Yusnani Binti Ampuan Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar dan Cikgu Rouziyah Binti Haji Abu Bakar, Pemangku Penolong Guru Besar.