SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)









Rabu 30 September 2009

Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar telah menjadi wakil Daerah Temburong didalam Peraduan Kuiz Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Senegara Kali Ke III Tahun 2009 setelah menewaskan 10 buah sekolah rendah di Daerah Temburong.

3 murid dari Tahun 6 yang berjaya masuk ke pringkat akhir ialah Hafiz Bin Baha, Nor Sobirah Binti Muhamad Sulaimi dan Siti Nor Hazimaah Binti Norfadilah.

3 buah sekolah rendah yang turut terpilih menjadi wakil dari daerah masing-masing; Sekolah Rendah St. Andrew's wakil Daerah Brunei dan Muara, Sekolah Rendah Kiudang wakil dari Daerah Tutong dan Sekolah Chung Hua Middle School wakil dari Daerah Belait.

Peraduan tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas dan tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Ali Bin Haji Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Wakil dari Daerah Temburong hanya memperolehi saguhati iaitu tempat ke empat apabila ditewaskan oleh 3 buah sekolah yang ikut bertanding.

Tahniah diucapkan kepada Hafiz, Nor Sobirah dan Siti Nor Hazimaah kerana telah memberikan yang terbaik di dalam peraduan tersebut.



0 comments: