Khamis, 29 Oktober 2009
Hari ini seramai 48 orang murid Tahun 6 dan 4 orang guru pengawas Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar berkesempatan mengadakan lawatan sambil belajar ke Open Air Muzium Kampung Labu Estate yang terletak di Mukim Labu, Daerah Temburong. Objektif utama lawatan tersebut ialah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru.
Rombongan bertolak dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar menggunakan 3 buah bas sekolah pada pukul 8:00 pagi dan sampai ke destinasi 30 minit kemudian. Hadir bagi menyambut kedatangan rombongan ialah Haji Abdurahman Bin Haji Nasir, Pengulu Mukim Labu.
Open Air Muzium Kampung Labu Estate adalah muzium bagi peralatan-peralatan yang digunakan untuk penorehan getah ketika zaman pemerintahan British.
Di harap lawatan tersebut membuka hati dan minda murid-murid Tahun 6 bahawa Daerah Temburong juga mempunyai tempat terdapatnya banyak khazanah-khazanah yang ditinggalkan di zaman pemerintahan British.