Rabu, 21 Oktober 2009
Tahniah kepada pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar kerana berjaya menewaskan pasukan bola sepak gabungan Sekolah Rendah Puni, Sekolah Rendah Semabat dan Sekolah Rendah Kenua dengan jaringan 5 berbalas 0 di perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Batu Apoi Daerah Temburong.
Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar terdiri dari Cikgu Adi Merhain, Cikgu Mohd. Zul-Atfi, Cikgu Amirul, Cikgu Mohd. Hamdillah, Cikgu Haji Mat Rooe, Cikgu Shahrunizan, Cikgu Mohd. Faizal, Cikgu Mohd. Rusyadi, Cikgu Adi Khairul Asmiran, Cikgu Mohd. Fazri dan Mohd. Fauzi (kakitangan sekolah).
Cikgu Mohd. Hamdilah berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 biji manakala Cikgu Adi Merhain, Cikgu Mohd. Zul-Atfi dan Cikgu Adi Khairul Asmiran masing-masing menjaringkan sebiji gol.
Cikgu Najla Wafa 'Itriyah dan Cikgu Murni hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut begitu kagum dengan teamwork para pemain. Tahniah pada para pemain.
Aksi sebelum bermain
Oh.. ada yang pancit udah.. Hehe..
Antara aksi-aksi permainan separuh masa pertama
Half-time