Hari ini Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid. Sambutan tersebut bertempat di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.
Sepertimana yang telah dibincangkan, meja-meja akan disediakan untuk setiap darjah dan guru-guru kelas akan menghiasi meja-meja tersebut dengan perhiasan hari raya mereka mengikut kreativity masing-masing.
Sejak hari Rabu, guru-guru kelas dan murid-murid mereka masing-masing begitu semangat menghiasi meja-meja mereka penuh dengan warna-warni bagi menyemarakan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini.
Sambutan Hari Raya tersebut bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Dari awal pagi, murid-murid membawa makanan dan minuman bermacam-macam jenis yang begitu menyelerakan. Ibu bapa dan penjaga juga turut hadir ke sekolah untuk menghantar makanan dan minuman bagi sambutan hari raya tersebut.
Cikgu Mohammad Zul-Atfi Bin Awg. Mohd. Yusof menjadi juruacara pada sambutan hari raya pada tahun ini dan sebagai pembuka acara beliau menyampaikan satu pantun yang berbunyi,
Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan doa selamat yang dibaca oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang, Ketua Ugama Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Aturcara sambutan hari raya pada tahun ini agak istimewa kerana persembahan yang akan disembahkan adalah secara spontan dan tidak ada latihan langsung.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan doa selamat yang dibaca oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang, Ketua Ugama Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Aturcara sambutan hari raya pada tahun ini agak istimewa kerana persembahan yang akan disembahkan adalah secara spontan dan tidak ada latihan langsung.
Persembahan pertama dibuat oleh Prasekolah A adalah pertunjukan fashion show. Murid-murid Prasekolah A meragakan pakaian hari raya mereka diatas pentas sambil di iringi lagu Warna-Warni Aidilfitri.
Kunjungan meja ke meja dari Pra A hingga Tahun 6 oleh guru-guru dan kakitangan dimulai dan diketuai oleh Cikgu Dayang Yusnani Binti Ampuan Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Selesai kunjungan, guru-guru, kakitangan dan murid-murid menikmati jamuan.
Acara cabutan nama bertuah turut diadakan dimana 20 nama bertuah akan memperolehi duit raya dan 1 biji chocolate telur Kinder Bueno. 3 buah kelas iaitu Tahun 3, 4 dan 5 bakal membuat persembahan nyanyian dan tarian spontan setelah undian dicabut bagi menentukan kelas mana yang bakal membuat persembahan. Walaupun tidak pernah membuat sebarang latihan, guru-guru kelas dan murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 begitu sporting dan semangat membuat persembahan. Tahniah kepada mereka semua.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah dimulakan bagi Baju Hari Raya Tercantik. Awang Muhammad Saufi Bin Awang Tuah dari Pra A memenangi bagi murid lelaki manakala Dayang Amirah Laila Syafiqah Binti Josrey dari Tahun 1A memenangi bagi murid perempuan. Tahun 5B dinobatkan sebagai pemenang bagi Dekorasi Meja Terbaik dan Tahun 4B memenangi kategori Layanan Mesra Terbaik.
Penyampaian hadiah bagi Kelas Terbaik bagi tahun 2009 turut diteruskan yang dimenangi oleh Tahun 3B, Tahun 5B dan Bilik EPPS dan diikuti acara penyampaian duit raya kepada murid-murid anak yatim Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Cikgu Dayang Yusnani.
Sebelum acara sambutan hari raya berakhir, murid-murid Tahun 6 membuat persembahan nyanyian. Ternyata dari wajah semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar begitu gembira sekali kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan hari raya pada tahun ini. Tahniah kepada semua.