SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Selasa, 24 November 2009




Hari ini, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar meraikan sambutan Hari Penutup Persekolahan bersama guru-guru, kakitangan dan murid-murid. Sambutan tersebut berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.

Cikgu Mohammad Zul-'Atfi Bin Awg. Mohd. Yusof adalah juruacara bagi sambutan Hari Penutup Persekolahan pada tahun ini dan aturcara sambutan bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang di pimpin oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang. Seterusnya, lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" dinyanyikan beramai-ramai diketuai oleh murid-murid Tahun 4.

Acara seterusnya ialah ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Cikgu Dayang Yusnani Binti Ampuan Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.

Selesai ucapan dari Guru Besar, murid-murid dari Tahun 6 membuat persembahan pertama dengan menyampaikan sebuah lagu bersama tarian bertajuk "You Say Aku". Persembahan kedua ialah dari murid-murid Prasekolah A dan B dengan menyampaikan lagu "A to Z Phonic Song" yang dipimpin oleh Mr. Alex Theuma, guru EPPS. Persembahan seterusnya ialah sebuah tarian yang bertajuk Tarian "Bollywood" yang disembahkan oleh murid-murid Tahun 1. Persembahan para murid-murid memang menyeronokan.

Selepas ketiga-tiga persembahan, acara cabutan nama bertuah yang pertama diadakan. Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah murid terbaik dari Prasekolah hingga Tahun 5 dan pemenang aktiviti Asean Corner dijalankan. Penyampaian hadiah tersebut disampaikan oleh Cikgu Dayang Yusnani.

Selesai acara penyampaian hadiah murid terbaik dan pemenang aktivit Asean Corner, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar menyampaikan cenderahati kepada guru-guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Penyampaian cenderahati tersebut disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru, Haji Nispu Bin Haji Tahir.

Selepas acara penyampaian cenderahati dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru, Cikgu Rouziyah Binti Haji Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada 8 orang guru yang mengajar anak beliau iaitu Mohd. Rudi Haziq Bin Rosland.

Seterusnya ialah penyampaian sijil-sijil kepada murid-murid yang menyertai Science dan Mathematics Olympiad pada tahun ini dan Peraduan Mari Mewarna anjuran Jabatan Belia dan Sukan.

Acara seterusnnya ialah penyampaian hadiah galakan dari guru-guru dan ibubapa. Cabutan nama bertuah yang kedua diadakan sebelum guru-guru, murid-murid dan kakitangan berehat sebentar bagi menikmati jamuan.

Selesai jamuan ringan, acara diteruskan dengan persembahan nasyid yang bertajuk "Alif Ba Ta" dari murid-murid Tahun 2A dan 2B. Persembahan kelima adalah terdiri dari murid-murid Tahun 6 yang mempersembahkan satu tarian yang bertajuk "Nobody". Persembahan keenam ialah dari 2 orang murid dari Tahun 6 yang menyampaikan sebuah puisi yang  bertajuk "Guru Oh Guru". Bagi persembahan seterusnya ialah sebuah puisi dalam Bahasa Inggeris dan disampaikan oleh 2 orang murid dari Tahun 5.

Cabutan nama bertuah yang terakhir dibuat sebelum persembahan seterusnya. Sebelum acara sambutan berakhir, persembahan terakhir adalah dari murid-murid Tahun 3B yang mempersembahkan sebuah tarian modern.

Sebagai menutup tirai acara sambutan Hari Penutup Persekolahan pada tahun ini, 3 laungan sorakan "Hip Hip Horey" dibuat. Ternyata dari wajah guru-guru, kakitangan dan murid-murid Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar begitu gembira sekali kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Penutup Persekolahan pada tahun ini. Tahniah kepada semua.

0 comments: