SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Rabu, 10 Mac 2010

Pasukan bola jaring Sekolah Rendah Sultan Hassan hanya mampu memperolehi tempat ketiga bersama dengan Sekolah Rendah Puni di Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010 setelah tewas ketika bertemu dengan Sekolah Rendah Amo di separuh akhir dengan jaringan 1 berbalas 6.

Sekolah Rendah Amo menjadi johan pada tahun ini manakala Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi sebagai tuan rumah kejohanan pada tahun ini menjadi naib johan.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil disepanjang kejohanan yang berlangsung pada 1 Mac hingga 03 Mac 2010 yang bertempat di Gelanggang Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.

Perlawanan pertama dalam Kumpulan A bertemu dengan SR. Selangan. SR. Sultan Hassan Bangar berjaya menewaskan pihak lawan dengan jaringan 3 berbalas 0


Perlawanan separuh akhir, naib johan kumpulan A iaitu SR. Sultan Hassan Bangar bertemu dengan johan kumpulan B iaitu SR. Amo. SR. Sultan Hassan tewas dengan jaringan 1 berbalas 6

Penyampaian hadiah daripada tetamu kehormat iaitu Cikgu Saimon Binti Haji Lahid

Guru-guru SR. Sultan Hassan Bangar yang hadir bagi menyokong pasukan bola jaring SR. Sultan Hassan.
(Thanx for the supports :))

Pasukan Bola Jaring SR. Sultan Hassan Bangar 2010
Pemain terdiri daripada Nurul Atiqah, Dayangku Nurul Intan Mas Wakillah, Nur Syahirah, Nur Amal Yaserah, Siti Nursyafiqah Rahimah, Siti Nur Hiddayatul Aqillah, Haziqah, Nur Najiah, Ampuan Nurul Wafiqah Musirah dan Melati Fitri.

0 comments: