SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Sabtu, 22 Mei 2010

Pada 19 Mei hingga 20 Mei 2010, Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong mengadakan Hari Terbuka Pertandingan Alat Bantuan Mengajar Kali Pertama yang dianjurkan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Temburong.

Setiap Sekolah Rendah menyediakan 2 alat bantuan mengajar bagi subjek Mathematics dan Science. Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar menyediakan satu alat bantuan mengajar bagi subjek Mathematics iaitu Order and Pattern - Numbers Up to 20 bagi Tahun 1 manakala bagi subjek Science ialah Good and Poor Conductor of Heat bagi Tahun 4.

Semua guru-guru dan kakitangan dari semua sekolah-sekolah rendah menghiasi booth sekolah masing-masing sejak hari Isnin. Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar mulai menghias booth pada hari Selasa. Semua guru-guru dan kakitangan begitu dedikasi menghias booth sekolah masing-masing.

Mari kita saksikan gambar-gambar yang telah diambil sekitar Hari Terbuka tersebut.




 


Gambar-gambar semasa guru-guru menghias booth pameran

 






Gambar-gambar booth pameran sekolah-sekolah sebelum penghakiman dimulakan

0 comments: