SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Selasa, 07 March 2011

Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar bersama guru-guru

Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Daerah Temburong berjaya masuk ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011 setelah menewaskan Sekolah Rendah Selangan dengan jaringan 2 - 1.

Jaringan pertama adalah hasil dari sepakan penalti telah dilakukan oleh Ketua Pasukan iaitu, Mohd. Azimin Bin Mohd. Azamuddin, jersey no. 18 pada babak pertama perlawanan. Pasukan lawan berjaya menjaringkan gol di babak kedua perlawanan menjadikan kedudukan seri 1 sama.

Jaringan kemenangan pasukan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar berjaya dilakukan di babak akhir masa kedua oleh pemain striker, Ak. Mohammad Firdaus Bin Pg. Abidin, jersey no. 7 dari hasil sepakan percuma.

Dengan kemenangan tersebut, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar akan bertemu dengan Sekolah Rendah Puni esok Rabu, 08 March 2011. Semoga pasukan bola sepak Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar berjaya ke peringkat seterusnya.

 
 

  

 
Di babak pertama perlawanan

Rehat masa pertama



Di babak kedua perlawanan

  

  

Para penyokong terdiri dari guru-guru dan ibu bapa


1 comments:

Hi, i read your blog from time to time and i own
a similar one and i was just curious if you get a lot of spam responses?
If so how do you prevent it, any plugin or anything you
can recommend? I get so much lately it's driving me mad so any assistance is very much appreciated.

my website: buying a car with bad credit
my web site: buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car