Sekolah Rendah Sultan Hassan menerima warga kakitangan baru iaitu Mohammad Fauzi bin Mohammad Yusri yang berumur 19 tahun. Beliau telah melapor diri pada hari Isnin, 6 Julai semalam untuk melanjutkan kursus jurusan BDTVEC Common Skills dari Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong selama 6 bulan di sekolah ini.
Semoga apa yang beliau pelajari disini menjadi manfaat dan kejayaan yang dikecapi akan digunakan sebaiknya di masa akan datang.