SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)


Isnin, 6 Julai 2009

Seawal 6.30 pagi hari pertama persekolahan dibuka, guru-guru sekolah diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof dan Ketua Guru Pengawas Kesihatan Sekolah, Cikgu Najla Wafa 'Itriyah binti Abdullah Pek tadi pagi telah bersedia dengan alatan kesihatan dan keselamatan serta rekod dengan mengambil suhu badan setiap murid-murid yang hadir ke sekolah. Pemeriksaan diambil didepan pintu pagar utama sekolah dan kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.


Setiap murid dicatat suhu badan mereka dan dilekatkan dengan tanda berwarna bagi mengesahkan bahawa murid tersebut adalah sihat dibawah pemantauan pemeriksaan H1N1. Murid-murid yang mengalami tanda-tanda penyakit seperti batuk dan selesma diarahkan pulang ke rumah bersama ibu bapa dan penjaga bagi tujuan langkah keselamatan dan pencegahan merebaknya Influenza H1N1 di dalam sekolah.

Pengambilan suhu dan tanda-tanda penyakit direkodkan sebanyak tiga kali sehari iaitu waktu hadir datang ke sekolah, selepas waktu rehat dan waktu sebelum balik dari sekolah. Ini adalah sebagai pengawasan jika terjadinya sesuatu tanpa diduga. Setiap kelas dibekalkan dengan bahan antiseptik pencuci tangan serta alat merekod suhu badan yang dilakukan oleh setiap guru kelas.

0 comments: