Rabu, 12 Ogos 2009
Jawatankuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah Daerah Temburong kelmarin mengadakan bengkel pembuatan blog yang telah disampaikan oleh dua orang guru pembengkel dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Cikgu Najla Wafa 'Itriyah binti Abdullah Pek @ Pek Lee Kem dan Cikgu Mohammad Zul Ariffin bin Haji Ibrahim.
Bengkel disertai oleh guru-guru besar dari semua sekolah-sekolah rendah daerah Temburong iaitu Sekolah Rendah Amo, Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Sekolah Rendah Semabat, Sekolah Rendah Kenua, Sekolah Rendah Puni, Sekolah Rendah Selangan, Sekolah Rendah Negalang, Sekolah Rendah Piasau-Piasau dan Sekolah Rendah Labu Estet yang diadakan di bilik ICT Sekolah Rendah Sultan Hassan.
Bengkel dimulakan dengan Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Haji Siasa bin Tambah, Guru Besar Sekolah Rendah Selangan dan juga selaku Pengerusi Bahagian Perkembangan Staf JAPSER Daerah Temburong.