Sabtu, 15 Ogos 2009
Hari ini guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar mengadakan kempen kebersihan sebelum kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.
Kempen kebersihan bermula pada pukul 8.00 pagi sambil dibantu oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Cawangan Temburong. Mereka membawa alatan-alatan pump dan hose yang akan digunakan bagi membersihkan longkang-longkang di kawasan sekolah.
Guru-guru lelaki Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar begitu semangat bila diberi kesempatan untuk cuba menggunakan hose pemadam api untuk membersihkan longkang-longkang di kawasan gelanggang fustal dan bola jaring.
Manakala guru-guru perempuan menghias dewan sekolah dan menamam bunga-bungaan di kawasan sekolah bagi mencantikan lagi landscape sekolah.
Kempen berakhir pada pukul 11.30 pagi. Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih diatas bantuan yang diberikan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Cawangan Temburong.