SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Sabtu, 07 November 2009




Hari ini merupakan salah satu hari yang mengembirakan bagi guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar kerana di belanja makan oleh 3 orang guru iaitu Cikgu M.Zaimah Binti Mohd. Said, Cikgu Helme Kersitna Binti Juna dan Cikgu Adi Khairul Asmiran Bin Haji Abd. Rahman sempena majlis konvokesyen mereka baru-baru ini.

Menu utama adalah nasi putih, nasi daging, ayam panggang madu, daging rendang, sayur campur dan ulam-ulaman. Memang menyelerakan. Pada pukul 10 pagi guru-guru dan kakitangan berkumpul dan acara dimulakan dengan doa kesyukuran yang dibacakan oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang bagi memberkati lagi acara tersebut.



Terima kasih pada Cikgu M.Zaimah, Cikgu Helme dan Cikgu Asmiran atas kesudian mereka untuk belanja makan dan tahniah diatas majlis konvokesyen mereka.









0 comments: