Selasa, 03 November 2009
Pada hari ini, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar menyertai Kejohanan Mini Marathon Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong Tahun 2009 yang bertempat di Sekolah Rendah Labu Estate sebagai tuan rumah pada kejohanan tahun ini.
Kejohanan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan terdiri dari murid-murid Tahun 6 mewakli sekolah pada kejohanan tahun ini. Bagi kategori lelaki, pesertanya ialah Mohamad Asyraf Bin Mohamad, Muhammad Nur Shahrul Nizam Bin Shahminan, Mohammad Safwan Bin Jumat, Ampuan Muhammad Yussof Bin Ampuan Ali Omar dan Ak. Mohammad Iskandar Bin Pg. Abidin. Peserta perempuan terdiri daripada Ampuan Siti Nur Hanisah Binti Ampuan Damit, Nur Rosyiidah Binti Jamain, Siti Nur Sahlina Binti Ya'akub, Noorhafizah Binti Muhammad Shahrin dan Norlia Rafika Binti Hamdan.
Jarak kejohanan mini marathon pada tahun ini adalah 6 kilometer bagi kategori lelaki dan 4 kilometer bagi kategori perempuan.
Ak. Mohammad Iskandar berjaya mendapat tempat ke sembilan manakala Mohamad Asyraf menduduki tempat ke dua belas bagi kategori lelaki. Bagi kategori perempuan, kesemua peserta gagal memperolehi kejayaan.
Tahniah kepada Ak. Mohammad Iskandar dan Mohamad Asyraf. Tahniah juga diucapkan kepada guru pengawas Cikgu Adi Merhain dan Cikgu Mohammad Faizal.