SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)

Thursday 01 October 2009

Today, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar held a Hajat prayer for Year 6 pupils who will undergo Penilaian Sekolah Rendah Examination this coming Monday. The prayer was held in the school's prayer room. All Year 6 pupils and Muslim teachers including the Headmistress, Cikgu Dayang Yusnani Binti Ampuan Haji Yusof and Acting Deputy Headmistress Cikgu Rouziyah Binti Abu Bakar were there . Head of Ugama Teachers, Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang, lead the prayer.









Ustaz Dzul Fadly Bin Haji Abdul Latif lead the recitation of Surah Yassin together with all Muslim teachers and Year 6 pupils after the prayer. Doa Hajat  for the success of the Year 6 pupils was lead by Ustaz Haji Azman.






Cikgu Zakaria Bin Haji Mudin gave a few advice for the pupils and said this remarkable words "Kejayaan kamu adalah kejayaan guru-guru dan kejayaan sekolah".



Concluding the Hajat prayer, Year 6 pupils bersalam-salaman with the teachers and asked for blessings and success in their examination.












Rabu 30 September 2009

Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar telah menjadi wakil Daerah Temburong didalam Peraduan Kuiz Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Senegara Kali Ke III Tahun 2009 setelah menewaskan 10 buah sekolah rendah di Daerah Temburong.

3 murid dari Tahun 6 yang berjaya masuk ke pringkat akhir ialah Hafiz Bin Baha, Nor Sobirah Binti Muhamad Sulaimi dan Siti Nor Hazimaah Binti Norfadilah.

3 buah sekolah rendah yang turut terpilih menjadi wakil dari daerah masing-masing; Sekolah Rendah St. Andrew's wakil Daerah Brunei dan Muara, Sekolah Rendah Kiudang wakil dari Daerah Tutong dan Sekolah Chung Hua Middle School wakil dari Daerah Belait.

Peraduan tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas dan tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Ali Bin Haji Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Wakil dari Daerah Temburong hanya memperolehi saguhati iaitu tempat ke empat apabila ditewaskan oleh 3 buah sekolah yang ikut bertanding.

Tahniah diucapkan kepada Hafiz, Nor Sobirah dan Siti Nor Hazimaah kerana telah memberikan yang terbaik di dalam peraduan tersebut.




    







Khamis 10 September 2009

Seperti lazimnya, Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar mengadakan aktiviti membaca Surah Yassin setiap hari Khamis di bilik ibadat sekolah. Pada hari ini, Sekolah mengadakan aktiviti tersebut di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar bersama guru-guru dan murid-murid Tahun 6.

Bacaan Surah Yassin beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Haji Asman Bin Haji Timbang, Ketua Ugama Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Antara yang hadir ialah Cikgu Dayang Yusnani Binti Ampuan Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar dan Cikgu Rouziyah Binti Haji Abu Bakar, Pemangku Penolong Guru Besar.


Khamis, 2 Julai 2009

Memandangkan keadaan sekolah yang tiada kehadiran murid pada waktu ini, semua guru-guru tadi pagi telah mengungkayahkan aktiviti mengisi masa terluang dengan mengubahsuai keadaan sebelah dalam dewan sekolah dan menanam bunga di sebahagian kawasan sekolah. Dewan sekolah masa ini sedang dalam proses pembaharuan dengan warna-warna menarik yang dilaksanakan oleh guru-guru lelaki manakala kawasan sekolah dihiasi dengan tanaman bunga-bunga baru yang diungkayahkan oleh guru-guru perempuan. Kakitangan sekolah juga tidak ketinggalan membantu aktiviti pembisaian bersama guru.