SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)



Rabu, 1 Julai 2009

Sekolah Rendah Sultan Hassan, tengahari tadi menerima lawatan mengejut kedatangan hakim-hakim untuk sudut ASEAN. Kedatangan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan ini tidak dijangka pada awalnya memandangkan guru-guru bertugas seperti biasa. Guru Besar sekolah, Cikgu Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof mengiringi hakim-hakim ke sudut ASEAN sekolah beserta dengan guru-guru yang lain. Para hakim telah diterangkan mengenai sudut ASEAN sekolah serta aktiviti berkaitan yang telah dibuat sebelum ini oleh Cikgu Haji Mat Rooe selaku Ketua Guru bagi Sudut ASEAN sekolah.

Sudut ASEAN merangkumi sepuluh buah negara-negara ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Singapura dan Kemboja.






Ahad, 14 Jun 2009

Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar telah mengadakan aktiviti berupa informasi ASEAN yang berlangsung pada hari Sabtu, 13 jun 2009. Aktiviti mengambil tempat di dewan sekolah. Murid-murid diberikan aktiviti-aktiviti ASEAN merangkumi semua sepuluh buah negara ASEAN. Sebelum aktiviti bermula, murid-murid dikehendaki serta diberi peluang dengan mencari maklumat di sudut ASEAN sekolah dengan mencatat apa-apa jua informasi untuk aktiviti di dewan. Hadiah galakan kepada tiga orang pertama yang berjaya bagi setiap kelas akan dilaksanakan selepas cuti penggal kedua persekolahan berakhir.

Link ke Borneo Bulletin, 24 Jun 2009


Ahad, 7 Jun 2009

Pesta Babulang telah diadakan pada 5 Jun hingga 7 Jun 2009 lepas di Batu Danau, Limbang Sarawak. Rakaman liputan telah dibuat pada 6 Jun, malam Ahad dan acara yang berlangsung pada malam itu adalah Pertandingan Tarian Asli Tradisional masyarakat Bisaya dan juga pertandingan Ratu Kebaya Bodoro atau Ratu Babulang bagi kategori peringkat umur 40 tahun. Pertandingan Lumba Kerbau telah dilangsungkan pada sebelah siang harinya dan Pertandingan Ratu Babulang kategori remaja telah diadakan pada hari sebelumnya. Pesta Babulang dan Lumba Kerbau adalah salah satu tradisi masyarakat Bisaya dan ianya diadakan setiap tahun. Pesta turut dimeriahkan dengan artis jemputan Akademi Fantasia, Candy dan Abby. Galleri gambar Pesta Babulang bolehlah dilayari di blog ini: http://dadylife.blogspot.com/



Rakaman telah dibuat oleh seorang warga sekolah dan disalurkan untuk informasi Sudut ASEAN sekolah. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Alex Norpuzairull bin Pusa dalam membantu menjayakan rakaman ini. Juga kepada auntie Siti Nor Azizah binti Abdullah Yusof serta keluarga yang telah bersusah payah menyediakan tempat bermalam di Tedungan, Limbang Sarawak serta layanan terbaik membantu dan memberi informasi mengenai pesta masyarakat Bisaya ini.


Pesta Bebulang 2009 - Ratu Bebulang from FelixSur on Vimeo.

Sabtu, 6 Jun 2009

Satu aktiviti mencabar menguji kepantasan dan pemikiran kritikal murid-murid telah diungkayahkan pada hari Khamis lepas 4 Jun 2009. Aktiviti melibatkan pencarian informasi berkaitan dengan ASEAN dimana secara tidak langsung murid-murid telah mengunakan sudut ASEAN sebagai bahan rujukan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan bagi mereka.

Rakaman video klip boleh dilihat di bawah ini dimana murid-murid sedang mencari informasi tentang sebuah negara ASEAN iaitu Filipina. Aktiviti telah disediakan oleh Cikgu Faizal dan Cikgu Ali Aruf.