Pada hari ini Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar menerima lawatan dari rombongan Mempromosikan Kesihatan yang terdiri dari pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan.
Tujuan lawatan adalah bagi membincangkan Pelaksanaan Inisiatif Mempromosikan Kesihatan Untuk Semua. Antara lain inisiatif ini menyentuh aspek-aspek permakanan halal, sihat dan berkhasiat; kebersihan dan keselamatan bangunan kantin, dapur, bilik darjah, tandas dan kawasan sekolah; kegemukkan, merokok, kesihtan alam sekitar, plan tindakan kecemasan dan lain-lain hal yang berhubungkait dengan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Rombongan dibawa terus melawat untuk memantau tahap kebersihan dan keselamatan. Antara tempat yang dilawat adalah tandas-tandas murid-murid dan guru-guru, kantin sekolah, klinik gigi, sickbay, dapur, dewan, pondok-pondok dan kolam ikan. Rombongan juga memantau tahap kebersihan longkang-longkang yang terdapat di kawasan sekolah.
Selesai saja membuat pantauan, rombongan dibawa ke bilik Perpustakaan bagi penerangan ringkas mengenai Plan Tindakan Inisiatif Sekolah Mempromosikan Kesihatan (SMK) di ikuti dengan jamuan ringan. Penerangan ringkas tersebut disampaikan oleh Guru Pengawas Kesihatan, Cikgu Najla Wafa 'Itriyah. Selesai saja penerangan ringkas tersebut, sesi maklum balas (feedback) dimulakan. Setiap pegawai dari Jabatan masing-masing memberi maklum balas mengenai lawatan mereka. Secara keseluruhan, rombongan berpuas hati dengan hasil lawatan mereka. Selesai saja tindakbalas dari lawatan tersebut, rombongan menikmati jamuan ringan.

















Link ke Borneo Bulletin, 30 Jun 2009
,+teachers+and+pupils+follow+instructions+on+hand+washing+the+correct+ways..jpg)



