SEKOLAH RENDAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG

Make It Happen! Selamat... Basamangat! Basatu! Sahati! Sajiwa! C tau2 ;)



Sabtu, 13 Jun 2009

Persatuan Ibu Bapa dan Guru pagi Jumaat kelmarin, 12 Jun 2009, telah mengadakan aktiviti bergotong royong pembisaian landskap sekolah. Kolam sekolah diperbaharui dengan warna-warna cat baru, tidak terkecuali pondok-pondok sekolah juga diperbisaikan. Ibu-ibu serta guru-guru perempuan pula melaksanakan pembisaian tanaman bunga di satu kawasan lain dalam sekolah. Aktiviti bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Kanak-kanak sekolah yang turut serta tidak melepas peluang membantu ibu bapa mereka serta guru dalam usaha membisaikan kawasan sekolah.

Melalui Persatuan ini dapat mengeratkan silaturahim ibu bapa dan guru dalam melaksanakan dan merancang aktiviti bermanfaat baik di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

Link ke BruDirect

Rabu, 9 Jun 2009

Bertempat di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Temburong, seramai 60 orang peserta telah menghadiri Sesi Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah Bersama Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru bagi Daerah Temburong yang dikendalikan oleh Biro Mencegah Rasuah dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan disokong oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd.

Sebelum itu, Cenderamata Penghargaan telah disampaikan kepada Guru Besar sekolah, Cikgu Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Yusof sebagai tanda penghargaan dan terima kasih oleh Haji Raub bin Haji Mohd Yassin, Pemangku Penolong Pengarah Biro Mencegah Rasuah Jabatan Perdana Menteri.

Rabu, 20 Mei 2009

Projek membisaikan sekolah hasil perbincangan antara ibu bapa dan guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini akan diadakan pada hari Jumaat, 12 Jun 2009 pada jam 8.00 pagi hingga 11.oo pagi. Perbincangan telah diadakan di dewan sekolah di sebelah petang.

Projek pembisaian menyentuh kepada pembisaian dan pengubahsuaian pondok-pondok sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga telah menyuarakan hasrat untuk menukar pakaian seragam sekolah dan telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut. Pakaian asal seragam sekolah murid adalah berwarna putih dan secara majoriti warna penukaran pakaian seragam yang dipilih adalah putih bagi kemeja serta dark maroon bagi seragam seluar.

Sudut ASEAN juga telah disuarakan dimana ibu bapa dan guru dialu-alukan serta digalakkan untuk memberi sumbangan berupa barang-barang yang mempamirkan identiti negara-negara ASEAN.